Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

“Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” (Riwayat At-Tabrani)




Jumaat, 16 Mac 2018

DECIDE! COMMIT! SUCCEED!

assalamua'laikum guys,

anda nak tau x, sebenarnya anda juga boleh mencapai kejayaan. tetapi anda perlu bermula dengan mengubah Mindset. Anda kena percaya anda adalah dilahirkan hebat. Anda kena sentiasa berfikir positif. Anda juga perlu berkawan dengan orang yang positif.

Ok untuk mencapai sesuatu kejayaan, anda perlu bermula. ya bermula..

err tapi nak bermula dengan apa??

anda perlu bermula dengan sebuah impian yang jelas.

Jika anda ingin mencapai sesuatu impian, anda perlu menulis impian tersebut, dan tampalkan ditempat yang anda mudah untuk lihatnya. Ianya akan memberikan anda semangat untuk anda terus bergerak dan memberikan anda lebih fokus.

Jika anda sendiri tidak berani menulis impian anda, dan anda sendiri tidak yakin dengan diri anda. Bermaksud anda telah sabotaj diri anda. Orang lain sememangnya tidak mempedulikan anda.
Anda sendiri yg perlu berani, anda sendiri yang perlu konfiden dengan diri anda. Jadi jangan takut menulis impian anda. Insyaallah ianya boleh dicapai.

DECIDE! COMMIT! SUCCEED!

saya selalu teringatkan kata2 ini.. apabila anda ingin capai sesuatu dalam hidup, anda perlu membuat keputusan. kemudian anda perlu commit barulah anda boleh berjaya. 

sebagai contoh mudah, semasa saya ingin mengerjakan umrah bersama isteri, kosnya agak tinggi. Apa yg saya lakukan ialah bermula dengan menulis impian saya, kemudian apabila sampai masanya saya mula commit dengan mencari maklumat2, dan mencari2 ejen. akhirnya saya berjumpa dengan travel ejen Andalusia. 

Kemudian saya mula meletakkan booking awal. masa tu wang belanja belum cukup sangat. tapi saya konfiden, insyaallah saya boleh lakukan. 

apabila booking telah dibayar, saya mula mencari rezeki seperti biasa sebagai perunding hartanah. Alhamdulillah rezeki masuk dan masuk, akhirnya saya dapat selesaikan pembayaran dan seterusnya mengerjakan umrah kali ke2 bersama isteri saya. 

ini adalah contoh mudah.

Jadi jika anda inginkan sesuatu dalam hidup anda, anda perlu bermula dengan membuat keputusan. Tuliskan 10 impian yang ingin anda capai. Jangan takut untuk menulisnya.

Salam kejayaan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana mengunjungi Blog hartanah ini.
Kami menghargai komen anda!